PSV telah mencapai persetujuan bersama Pachuca melibatkan perpindahan Hirving Lozano.

Pemain antarabangsa Mexico itu menziarahi pasukan gergasi Eredivisie itu semalam bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan menandatangani kontrak bersama PSV sehingga Jun 2023 sebaik berakhirnya Piala Konfederasi.

"PSV dan Pachuca telah mencapai persetujuan melibatkan Lozano," jelas kelab Belanda itu dalam satu kenyataan.

"Lozano telah pun bertandang ke Belanda, semalam, bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selepas menerima kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Mexico.

"Dia akan menandatangani kontrak sehingga 2023 dan akan melengkapkan perpindahan sebaik berakhirnya Piala Konfederasi."

Pemain berusia 21 tahun itu turut dikaitkan dengan Manchester City dan Benfica beberapa minggu ini sebelum memutuskan untuk meneruskan karier bersama PSV.

Pemain sayap itu menjadi pemain Mexico kedua selepas Andres Guardado di Philips Stadoin.