PSG tidak tolak sambar Ronaldo

Shaiful Shamsudin
November 11, 2020 00:00 MYT
Paris Saint-Germain (PSG) memiliki kemampuan untuk menyambar sentuhan Cristiano Ronaldo dan harus bersedia untuk "perkara yang di luar jangkaan", kata Pengarah Sukan (PSG), Leonardo.
Ronaldo telah menawan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), LaLiga dan Serie A bersama Manchester United, Real Madrid dan Juventus.
Begitupun, pemenang lima Ballon d'Or kali sedia mencari angin baru selepas dua musim bersama Juve, lantas PSG dijangka akan menjadi antara pesaing yang mengidamkan khidmatnya.
Gergasi Ligue 1 itu sudah memiliki dua pemain termahal di dunia iaitu Neymar dan Kylian Mbappe.
"Hari ini dalam bola sepak, kita tidak boleh jangka," katanya dalam soal jawab di saluran media sosial PSG.
"Jika esok Cristiano Ronaldo bangun tidur dan berkata, 'Saya ingin beraksi di tempat lain', siapa yang mampu membelinya? Ini adalah satu lingkaran yang tertutup dan PSG dalam kalangannya.

Head up and believe in the work we’re doing! ?? #finoallafine pic.twitter.com/jyfc8WpaFX

— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) November 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Seperti biasa, ada peluang. Kami harus bersiap sedia dalam jendela perpindahan dan itulah yang kami lakukan.
"Kami mempunyai keutamaan, senarai pemain yang diidamkan tetapi perkara seperti ini tidak boleh dijangka."
Juve berharap Ronaldo tidak angkat kaki dalam masa terdekat ekoran dia masih menjadi taruhan utama mereka pada usia 35 tahun.
Penyerang Portugal itu terlepas dua perlawanan Serie A angkara COVID-19 yang menyaksikan Bianconeri sekadar meraih keputusan seri.
Dengan kelibat Ronaldo dipertaruhkan musim ini, anak buah Andrea Pirlo itu memperoleh purata dua mata bagi setiap perlawanan dengan koleksi 10 gol selain bintang Portugis itu telah telah melancarkan enam -- daripada 21 percubaan tepat-- termasuk menjadi ilham kepada satu bantuan jaringan.
#PSG #Juventus #Cristiano Ronaldo