PSG sedia belanja GBP40 juta untuk Adam Lallana


November 27, 2016 02:00 MYT

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain, dilaporkan bersedia membelanjakan GBP40 juta (RM223 juta) untuk mendapatkan bintang Liverpool, Adam Lallana.

Skuad kendalian Unai Emery itu turut difahamkan bakal menawarkan kontrak bernilai GBP200,000 seminggu -- tiga kali ganda daripada apa yang dibayar The Reds ketika ini.
Sumber dalaman PSG berkata: "PSG melihat Adam sebagai pemain paling berkualiti dalam Liga Perdana Inggeris.
"Umurnya bukan satu halangan kerana kelab ini memerlukan pemain terbaik dunia -- dia memiliki kualiti itu."
Pengarah Bola Sepak PSG, Patrick Kluivert, turut pernah mengatakan bahawa pemain berusia 28 tahun itu merupakan pemain terbaik England.