PSG rehatkan Neymar hingga bulan depan

Muzaffar Musa
Disember 20, 2020 03:57 MYT
Neymar tidak lagi akan turun mewakili Paris Saint-Germain (PSG) tahun ini tetapi dapat beraksi semula bulan depan selepas mengalami kecederaan buku lali.
Terdapat kebimbangan bahawa pemain kebangsaan Brazil itu mengalami patah pergelagan kaki ketika diusung keluar dalam perlawanan Ligue 1 menentang Lyon hujung minggu lalu.
Neymar menghadapi terjahan keras pemain Lyon, Thiago Mendes, yang turut diarahkan keluar padang selepas rujukan video bantuan pengadil (VAR), tetapi kebimbangan mengenai tahap kecederaan pemain itu berkurangan apabila hasil imbasan mendapati pergelangan kakinya hanya terseliuh.
Dia tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Lorient, Rabu lalu dan turut tidak akan terlibat menjelang aksi menentang Lille awal pagi esok atau perlawanan menentang Strasbourg di laman sendiri tiga hari kemudian.
Bekas penyerang Barcelona itu disebut dalam buletin perubatan PSG semalam dengan kelab itu berkata: "Susulan terseliuh pergelangan kaki kirinya, ada beberapa lebam ditulang itu dan dia akan terus menjalani rawat di pusat latihan.
"Dia dijangka akan dapat kembali beraksi Januari ini."

?⚽️? The top goal of the group stage of the @ChampionsLeague, signed ... @neymarjr ?? ???? ??????™️ ❤️? #ICICESTPARIS pic.twitter.com/DWYAkP9Flw

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) December 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Neymar #PSG #Lille #Ligue 1 #Strasbourg