Toni Kroos percaya Real Madrid bakal mengharungi perlawanan peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara yang paling sukar namun menikmati peluang untuk menentang Paris Saint-Germain.

Real pada awalnya diundi bertemu Benfica Isnin lalu, tetapi masalah teknikal memaksa undian semula dan pendahulu LaLiga itu kini akan berdepan PSG dalam dua perlawanan pada Februari dan Mac.

Juara Eropah 13 kali itu menamatkan saingan Kumpulan D selaku juara dan berkemungkinan berdepan Benfica, PSG, Sporting CP, Salzburg atau Chelsea.

Ketika mereka mahu mengelak daripada bertemu juara bertahan, Chelsea, Kroos berasakan berdepan lawan yang lebih sukar bertemu PSG, yang dibarisi pemain seperti Lionel Messi, Kylian Mbappe, Neymar dan legenda Real, Sergio Ramos.

"Kami mempunyai lawan yang sangat menarik untuk pusingan seterusnya," katanya menerusi Instagram. "Saya fikir mereka adalah lawan paling sukar daripada lima pasukan yang menamatkan saingan sebagai naib juara.

"Kami mahukan perlawanan ini, terdapat banyak kualiti di atas padang. Mari lihat apa yang akan berlaku -- pada penghujung hari kami adalah Real Madrid."


Madrid menyingkirkan PSG kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam dua perlawanan dalam pertandingan pusingan 16 pada 2017-18, tetapi Paris menang dalam dua lagi perlawanan pusingan kalah mati mereka sebelum ini dalam saingan Eropah (pada 1992-92 dan 1993-94).

Kelab LaLiga itu hanya tewas satu daripada enam pertemuan Liga Juara-Juara dengan PSG secara keseluruhan, sementara itu, apabila tewas 3-0 di Parc des Princes pada peringkat kumpulan tiga musim lalu.