Proses pemulihan Reus dalam landasan tepat

Penulis Jemputan
September 29, 2017 23:14 MYT
Borussia Dortmund mengeluarkan kenyataan bahawa proses pemulihan Marco Reus daripada kecederaan lutut berada di landasan yang tepat.
Masalah kecederaan lutut dialami oleh pemain kebangsaan Jerman itu ketika Dortmund meraih kemenangan gelaran DFB-Pokal ke atas Eintracht Frankfurt, Mei lalu.

Borussia Dortmund star Marco Reus on track with recovery https://t.co/g7O4vUytMm pic.twitter.com/DdeI5Ym3pV

— Zesty Dortmund News (@zesty_dortmund) September 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Reus menjalani pembedahan 10 hari kemudian dan dijangka terpaksa berehat panjang sehingga awal 2018, dan meletakkan dirinya akan bersedia untuk menghadapi saingan Piala Dunia.
Spekulasi yang telah menular mencadangkan proses pemulihan pemain itu telah terbantut tetapi Dormund menegaskan segala-galanya berjalan dengan lancar buat Reus.
"Proses pemulihan saya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Proses ini berjalan dengan baik setakat ini," kata Reus.
Pemain berusia 28 tahun itu sekadar beraksi dalam 28 perlawanan musim lepas dan berjaya mencetak 13 gol.
"Pemain yang mengalami kecederaan ini harus direhatkan selama lapan bulan tetapi kami berharap Reus dapat kembali pulih secepat mungkin untuk meneruskan saingan dan membuat persiapan menghadapi Piala Dunia bersama Jerman," kata kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kelab.