Pramusim: JDT kekal rekod tanpa kalah di Alicante

Saufi Tahir
April 25, 2024 05:54 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) masih konsisten mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan pramusim di Sepanyol selepas melakar kemenangan berdepan pasukan dari liga divisyen ketiga Sepanyol, C.D. Alcoyano, di Stadium Campo Municipal El Collad, hari ini.
Ini merupakan kemenangan keempat berturut-turut anak buah Héctor Bidoglio di bumi Sepanyol dengan dua perlawanan lagi bakal dihadapi untuk menamatkan pramusim kelab itu di sana.
#JDT #pramusim