Pogba: The Red Devils idam kembali julang kejuaraan

Shaiful Shamsudin
Mac 30, 2020 03:13 MYT
Pemain Manchester United, Paul Pogba, berkata The Red Devils mahu menyambung permainan dan memenangi trofi.
Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sukan di seluruh dunia telah dihentikan disebabkan oleh ancaman wabak koronavirus baru (Covid-19).
Terdapat lebih daripada 33,900 kematian di seluruh dunia dan lebih daripada 720,200 kes disahkan.
Di sebalik kekacauan di United Kingdom (UK), Pogba -- yang telah dikaitkan dengan bekas kelab Juventus dan gergasi LaLiga, Real Madrid -- sempat berpesan kepada peminat United.
"Duduk di rumah -- kekalkan keselamatan," kata Pogba dalam satu panggilan video dengan rakan sepasukan, Jesse Lingard, melalui laman sesawang rasmi kelab itu. "Teruskan menyokong United.
"Semoga segala-galanya akan menjadi lebih baik tidak lama lagi dan kami boleh beraksi semula.
"Mudah-mudahan kami dapat menunjukkan kepada semua bahawa kami sudah bersedia dan kami ingin kembali memenangi trofi.
"Tetap berhubung, kekalkan keselamatan dan kami akan kembali ke padang tidak lama lagi."

?‍? Time for a conference call with @PaulPogba and @JesseLingard...? On the agenda:▪️ Recent updates▪️ Our 2017 #UEL triumph▪️ A special message for United fansClick below to enjoy the full version ?

— Manchester United (@ManUtd) March 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pogba, yang dalam pemulihan kecederaan buku lali, turut membincangkan kemenangan United dalam Liga Europa di bawah kendalian bekas pengurus, Jose Mourinho, pada 2017.
"Saya sangat gembira kerana itu yang kami mahukan," katanya. "Sejak awal musim itu lagi kami berikrar untuk memenanginya dan ini bermakna kami mahu layak ke Liga Juara-Juara (UCL) pada musim berikutnya.
"Ia trofi kedua kami musim itu dan saya sangat gembira. Itulah tentang Manchester United: memenangi trofi."
Selepas 29 perlawanan, United yang menghuni tangga kelima EPL sebelum penangguhan itu, kini tiga mata di belakang pasukan di kedudukan keempat, Chelsea.
#Paul Pogba #Covid-19 #Manchester United,