Pogba impi sertai Real tetapi kekal di United dua tahun lagi -- Solskjaer

Ammar Hakim
Oktober 17, 2020 03:10 MYT
Paul Pogba mungkin menjelaskan keinginannya untuk bermain bersama Real Madrid, tetapi perancangan Ole Gunnar Solskjaer adalah mahu mendapatkn aksi terbaik daripada pemain tengah itu di Manchester United untuk dua tahun seterusnya.
Ketika mewakili Perancis untuk perlawanan antarabangsa, Pogba memberitahu dia sedia menerima peluang beraksi bersama juara LaLiga itu.
Dia berkata, "Semua pemain mahu beraksi untuk Real Madrid. Ia merupakan impian bagi saya, mengapa tidak satu hari nanti?"
Pemain berusia 27 tahun itu, yang juga merupakan sasaran Barcelona, memiliki kontrak di Old Trafford sehingga Jun tetapi kelab telah mengambil pilihan untuk melanjutkan kontraknya untuk sehingga 2022.
Solskjaer mencadangkan yang mungkin akan dimeterai dan beliau tidak berhasrat untuk membiarkan Pogba berhijrah lebih awal.
"Paul adalah pemain kami," kata Solskjaer.
"Dia akan berada di sini untuk dua tahun lagi dan say pasti tumpuannya adalah memberikan yang terbaik kepada kami dan kami mahu melihat permainan terbaiknya.
"Dalam beberapa tahun ini, saya pasti kami akan dapat melihat aksi terbaiknya."

1 - Paul Pogba has become the first-ever @ManUtd player to score in a @FIFAWorldCup final. Devilish.#WorldCupFinal #WorldCup #FRA #CRO pic.twitter.com/MSdkcfmUQR

— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
United berbelanja besar untuk membawa pulang Pogba daripada Juventus pada Ogos 2016, bagi mempertingkatkan kreativiti dan kemampuan menjaringkan gol daripada bahagian tengah.
Dia menikmati musim cemerlang pada 2018-19, meledak 13 gol dan menghasilkan sembilan bantuan jaringan dalam 35 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) -- persembahan terbaiknya dalam tempoh semusim.