LENS 1 PSG 1

Mauricio Pochettino menerima Paris hakikat Saint-Germain (PSG) tidak berada di tahap terbaik ketika terikat 1-1 dengan Lens dan percaya ia adalah satu keputusan yang adil.


Georginio Wijnaldum menanduk masuk jaringan penyamaan pada masa kecederaan untuk memastikan satu mata di tempat lawan selepas Keylor Navas gagal menampan rembatan jarak jauh Seko Fofana yang berkesudahan bola bergolek ke dalam gawangnya.

PSG membenarkan Lens mengatur 18 percubaan dan Pochettino mengakui ia bukan satu perlawanan yang mudah buat pasukannya yang kini mendahului Ligue 1 dengan 13 mata.

"Anda perlu memberi kredit kepada Lens yang merupakan sebuah pasukan agresif yang beraksi dengan sangat baik," katanya dalam sidang media.

"Ia bukan malam terbaik kami, tetapi bagus kerana kami perlu terus berjuang. Lens adalah salah sebuah pasukan yang mampu memberikan kami tahap kesukaran yang tinggi.

“Kami kehilangan banyak bola terutama pada permulaan perlawanan, ia menghalang kami daripada meletakkan diri di posisi yang tepat.

"Keputusan ini adalah adil. Kami tidak begitu tajam dan cergas berikutan jadual padat."






Kylian Mbappe mencipta gerakan gol buat jaringan penyamaan Wijnaldum itu dengan hantaran lintangnya selepas dimasukkan dari bangku simpanan pada minit ke-70, dan Pochettino pantas menepiskan sebarang kontroversi lanjut membabitkan penyerang Perancis tersebut yang kontraknya akan tamat hujung musim ini.

"Saya cuba mencari penyelesaian kepada pemain dengan membuat rombakan.

"Kylian telah terbabit dalam banyak perlawanan berturut-turut, dia berasa agak lesu. Kami sangka dapat memberikannya sedikit rehat."