CHELSEA 4 TOTTENHAM HOTSPUR 2

Mauricio Pochettino berasakan Tottenham "mendominasi perlawanan" ke atas Chelsea, tetapi gagal mencari gol penyudah apabila tewas 4-2 kepada The Blues yang mara ke perlawanan akhir Piala FA.


Chelsea hanya memiliki lima percubaan yang menemui sasaran dan meledak empat daripadanya di Wembley pada Sabtu. Dua gol daripada Willian, manakala Eden Hazard dan Nemanja Matic meledak dua gol di separuh masa kedua.

Spurs bangkit menyamakan kedudukan dua kali menerusi Harry Kane dan Dele Alli, namun gagal menggunakan kelebihan mereka untuk mara ke final, sekaligus menerima tamparan dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.

"Tahniah kepada Chelsea. Kami mendominasi perlawanan, tetapi mereka lebih klinikal daripada kami," kata Pochettino.

"Saya sangat berbangga, kami bermain dengan baik. Mereka telah menghasilkan lima percubaan dan menjaringkan empat daripadanya manakala kami hanya meledak dua gol.

Skuad kendalian Pochettino kini ketinggala empat mata kepada Chelsea dengan berbaki enam perlawanan dan berkunjung ke Selhurst Park berdepan Crystal Palace pada Rabu dengan harapan mereka bergelar juara liga musim 2016-17.

"Kami hanya boleh melihat ke hadapan. Kami ketinggalan empat mata dan akan cuba untuk memenangi perlawanan seterusnya.

"Perlawanan seterusnya berdepan Crystal Palace akan menguji kami. Kami akan terus mengejar Chelsea sehingga penghujung musim ini."