Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino, memberikan pujian kepada Son Heung-min selepas dia menjaringkan gol kelimanya ketika menewaskan CSKA Moscow 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara.

Son, yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Middlesbrough dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Harry Kane kerana mengalami kecederaan.

Pochettino memberikan pujian kepada Son yang telah menyamai jaringan musim lalu serta berpuas hati dengan persembahan pasukannya.

"Son berada di tahap yang terbaik, saya sangat gembira dengan persembahannya dan jaringan Son telah membantu pasukan memenangi perlawanan ini," kata Pochettino.

"Saya amat gembira. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir ke perlawanan ini.

"Ini merupakan perlawanan yang sukar tetapi kami berhak memenangi perlawanan ini. Kami berada di dalam perlumbaan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

"Ia merupakan kemenangan yang penting, perlawanan wajib menang, kami kini berada di tangga kedua dan persaingan masih terbuka."