Sergio Ramos, Achraf Hakimi, Georginio Wijnaldum dan Gianluigi Donnarumma kesemuanya menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dalam jendela perpindahan kali ini -- satu perbelanjaan yang disifatkan Mauricio Pochettino sebagai bersesuaian buat pasukan gergasi Ligue 1 berkenaan.

Sejak dilantik sebagai pengganti Thomas Tuchel pada Januari lalu, jurulatih berbangsa Argentina berkenaan telah membawa pasukan itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebelum disingkirkan Manchester City dan menamatkan saingan domestik selaku naib juara Ligie 1 di belakang Lille.

Selepas kemasukan nama-nama besar itu, Pochettino kini sedang merencana kebangkitan pasukannya bagi musim 2021-22 bersandarkan kekuatan ramai pemain bintang .

"Kelab seperti Paris Saint-Germain layak memiliki pemain di tahap tertinggi," kata Pochettino kepada media pasukan itu semalam.

"Apabila anda bercakap mengenai pemain seperti Wijnaldum, Ramos, Hakimi atau Donnarumma, mereka adalah pemain yang telah mempamerkan kualiti bersama kelab terdahulu dan telah membuktikan mereka mempunyai kualiti untuk mewakili Paris Saint-Germain."