Pochettino akui terkejut Ben Chilwell turun bertemu Brazil, Belgium

Ammar Hakim
Mac 29, 2024 00:21 MYT
Mauricio Pochettino mengakui dia terkejut Ben Chilwell memulakan dua perlawanan untuk England semasa rehat antarabangsa, yang baru sahaja kembali daripada kecederaan lutut.
Kali terakhir pemain pertahanan itu bermula untuk Chelsea pada 2 Mac menentang Brentford dan sejak itu bermain hanya beberapa minit untuk kelab itu, sebagai pemain gantian lewat dalam Piala FA menentang Leicester.
Namun dia bermain keseluruhan ketika England seri 2-2 dengan Belgium pada hari Selasa, tiga hari selepas beraksi selama 67 minit menentang Brazil.

Mauricio has revealed three players will need to be assessed ahead of Burnley’s visit in the #PL. ℹ️

— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengendali kelahiran Argentina itu terus dihimpit krisis kecederaan pasukannya dengan sembilan pemain kini diketepikan daripada pertemuan Sabtu dengan Burnley di Stamford Bridge.
Lebih ramai ahli skuad akan dinilai selepas pulang dari tugas antarabangsa, termasuk Chilwell, yang mengalami kecederaan lutut ketika menentang Belgium.
“Dia tidak bermain selepas bertemu Brentford, kemudian dia bermain hanya beberapa minit menentang Leicester,” kata Pochettino.
“(Kemudian) dia memulakan dua perlawanan (untuk England).
“Ia satu kejutan untuk kami. Nasib malang kerana dia masalah kecederaan di saat terakhir menentang Belgium. Sekarang kita perlu menilai sama ada dia boleh didapati.”
#Chelsea #England #Mauricio Pochettino #EPL #Ben Chilwell