Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, menegaskan barisan pemain bintangnya perlu kekal rendah diri dalam siri pusingan pertama Persidangan Timur menentang Boston Celtics.

Pasukan pilihan kedua itu berada di depan selepas memperoleh kemenangan 104-93 dalam perlawanan pertama hujung minggu lalu.

Diperkasakan dengan Kevin Durant (32 mata dan 12 rebound), James Harden (21 mata) dan Kyrie Irving (29 mata), Nets menyerang hebat dalam perlawanan itu dan kelihatan ampuh dalam menangani asakan Celtics.

Celtics mendahului enam mata menuju ke separuh masa tetapi Nets -- di sebalik aksi bertahan yang kukuh -- mengatasi pasukan diranking ketujuh itu dalam separuh masa kedua di Brooklyn.

Ketika Nets -- yang memburu kejuaraan pertama kejohanan itu -- sedang bersedia bagi perlawanan kedua esok, Nash memberikan amaran bahawa pasukannya tidak boleh terlalu yakin dalam bertahan.

"Jika kami fikirkan yang kami sentiasa pasukan terhebat ketika bertahan, kami meminta untuk dibelasah dalam perlawanan kedua.

"Jika kami rendah diri dan bernafsu dan mencuba untuk mengekalkan perincian kami dan perancangan permainan kami, mungkin kami berpeluang untuk membuatkan mereka susah," kata Nash selepas sesi latihan pasukannya.