All Star Philadelphia 76ers, Joel Embiid, berjanji "akan terus memaksa diri selagi termampu" dalam pemburuan kejuaraan NBA selepas kepulangannya daripada kecederaan lutut gagal membantu pasukannya menewaskan Atalanta Hawks dalam playoff NBA hari ini.

Selepas terlepas beberapa kemenangan ke atas Washinton Wizards gara-gara koyak meniscus di lutut kanannya, Embiid melakukan penampilan semula ketika pasukannya tewas 124-128 kepada pasukan pilihan kelima, Hawks, dalam perlawanan pertama separuh akhir Persidangan Barat.

Embiid, yang mengalami kecederaan lutut itu dalam perlawanan keempat menentang Wizards, muncul penjaring terbanyak dengan 39 mata tetapi usahanya itu masih belum cukup untuk membantu pasukan pilihan utama, 76ers, memadamkan defisit mata di belakang Hawks dalam aksi di laman sendiri itu.

"Bermain dengan meniscus yang koyak bukan mudah," kata Embiid, yang menghasilkan menjaringkan 12 daripada 21 percubaan selain mendaftarkan sembilan rebound, tiga hadangan dan satu pintasan.

"Apa yang saya perlu lakukan adalah mengawalnya. Melakukan yang terbaik.

"Mendapatkan sebarap banyak rawatan yang saya boleh. Mencuba untuk mengawalnya dan memastikan ia tidak terlalu bengkak. Amat jelas, kesakitannya akan sentiasa ada. Ia normal.

"Tetapi ia tentang mengawalnya. Kerana sasaran saya adalah untuk memenangi kejohanan ini. Saya akan mempertaruhkan tubuh saya untuk menyaksikan ia berlaku. Saya akan memberikan segala yang saya ada," katanya.