RAYO VALLECANO 2 GIRONA 0
(Rayo menang agregat 3-2)

Rayo Vallecano memastikan kepulangan mereka dalam LaLiga selepas menewaskan Girona 2-0 untuk menang 3-2 secara agregat dalam final pusingan playoff Divisyen Segunda hari ini.

Girona membawa kelebihan 2-1 hasil kemenangan di Madrid hujung minggu lalu tetapi kedudukan itu kembali seimbang selepas Alvaro Garcia menemui lorongan Emiliani Velazquez untuk membuka jaringan buat Rayo pada minit ketujuh.

Pasukan kendalian Androni Iraola itu kemudian mendahulu pada waktu kecederaan babak pertama apabila kapten, Oscar Treji, menyumbat masuk bola dari jarak dekat sebelum ke bilik persalinan.

Rayo berdepan cabaran dalam meneruskan misi mereka apabila Velazquez dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-56 gara-gara mengasari Rami Terrats tetapi pasukan Madrid itu kental bertahan sehingga ke penghujung permainan untuk menamatkan penantian selama dua musim ke saingan divisyen utama.