Deportivo La Coruna layak ke final play-off Divisyen Segunda dengan kemenangan agregat 5-2 ke atas Malaga selepas menumpaskan lawan itu 1-0 dalam aksi timbal balik di La Rosaleda, awal pagi tadi.

Carlos Fernandez menjaringkan dua gol ketika Deportivo bangkit dalam pertemuan pertama untuk membawa bekalan selesa.

Walaupun Malaga melancarkan 25 percubaan tepat dalam pertemuan kedua, skuad kendalian Jose Luis Marti itu kental mempertahankan kelebihan mereka .

Malaga mempunyai peluang menarik tetapi dua percubaan pemain sayap, Javi Ontiveros, dalam babak pertama -- menyumbat gol menarik di Galicia -- singgah di tiang.

Sebaliknya, penjaga gol lawan, Munir Mohamedi, menyerahkan kemenangan kepada Depor apabila membenarkan percubaan Alex Bergantinos pada minit ke-82 menggegar gawangnya tatkala kebangkitan bagaikan sudah jauh daripada jangkauan Malaga.

Depor akan berdepan sama ada Real Mallorca atau Albacete untuk penentuan tempat dalam LaLiga musim depan yang menyaksikan Mallorca membawa kelebihan 2-0 hasil pertemuan pertama di Son Moix.