Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menyifatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, malam tadi sebagai keputusan yang adil kerana lawan dibarisi pemain lebih berpengalaman.

"PKNP dapat mengimbangi KL, malah bermain lebih baik dalam separuh masa kedua. Kami berjaya menekan Kuala Lumpur.

"Ini bekalan terbaik kerana kami akan bertemu Kelantan untuk kejohanan Piala FA dalam masa tiga hari lagi di di sini (Ipoh)".

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, Rusdi Suparman, berkata dia tidak selesa dengan keputusan malam tadi dan berharap pasukannya dapat memperbaiki mutu permainan
di masa akan datang.
110217 jurulatih Kuala Lumpur, Rusdi Suparman

"Kami pasukan pelawat. Setidak-tidaknya kami pulang membawa mata. Walaupun keputusan tidak memberangsangkan, 90 minit telah berlalu.

"Kami yakin akan memperbaiki pemainan dan akan bangkit", ujarnya.