Jurulatih Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi, menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai rancangan khusus untuk menangani bintang Mesir, Mohamed Salah, dalam aksi Kumpulan A, Piala Dunia di Volgograd Arena, malam ini.

Kedua-dua pasukan itu sudah tersingkir daripada kejohanan, dengan Pizzi hanya mahu melihat peningkatan prestasi skuadnya selepas mereka tewas 1-0 kepada Uruguay dan kalah 5-0 kepada Russia.

Mesir tewas dengan skor sama kepada pasukan pilihan dari Amerika Selatan itu dan tidak dapat mengekang serangan tuan rumah apabila tewas 3-1 di St Petersburg, awal minggu ini.

Salah, yang kembali daripada kecederaan bahu, menjaringkan gol penalti dalam perlawanan itu tetapi kelihatan masih kurang cergas.

Luis Suarez menyudahkan gol tunggal menentang Arab Saudi di Rostov-on-Don, dan bekas bos Chile, Pizzi, percaya bahawa pendekatan terbaik untuk menangani bintang tersebut adalah dengan menggunakan usaha secara kolektif.

"Kami tidak mengawal Suarez dengan cara yang tertentu tetapi sudah tentu kami melihat beberapa kualiti di sana," katanya.

"Apabila kamu mempunyai pemain berkualiti tinggi, kamu perlu tunjukkan apa yang perlu dilakukan untuk mengekangnya.

"Ketika ditanya mengenai Mohamed Salah, ia perkara yang sama, dia mempunyai kualiti yang sangat tinggi.

"Sudah tentu, kami akan mengambil langkah berjaga-jaga -- tidak khusus untuknya tetapi secara umum."