Pirlo teruja dengan aksi dipamerkan bakat muda Juventus

Ammar Hakim
Januari 14, 2021 02:49 MYT
Andrea Pirlo berasakan pemain-pemain muda Juventus membuktikan kemampuan mereka tetapi menyatakan mereka lebih cemerlang selepas meraih kemenangan 3-2 ke atas Genoa dalam masa tambahan saingan Coppa Italia.
Juve mendominasi lawan dari Serie A, Genoa dalam separuh masa pertama di Stadium Allianz semalam, tetapi Dejan Kulusevski membuka jaringan dalam tempoh dua minit sebelum melakukan lorongan buat Alvaro Morata.
Jaringan daripada Lennart Czyborra dan Filippo Melegoni memaksa perlawanan diheret kepada masa tambahan.
Cristiano Ronaldo diperkenalkan sebagai pemain gantian, tetapi pemain berusia 21 tahun, Hamza Rafia, yang berjaya memastikan perlawanan berpihak kepada Juve.

?⚽️ ????? ????? ?⚽️#JuveGenoa #CoppaItalia #ForzaJuve pic.twitter.com/W2ySDphXCT

— JuventusFC (@juventusfcen) January 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pirlo teruja dengan persembahan pemain muda Juve itu, tetapi kecewa apabila juara Serie A itu memerlukan masa tambahan menjelang pertemuan dengan Inter Ahad ini.
"Mereka telah bermain dengan baik dan saya sangat gembira kerana ia adalah peluang mereka membuktikan kemampuan," katanya.
"Ia berlaku dengan kerap apabila kami mendahului perlawanan dan hilang fokus. Mengambil mudah sebegini mampu menghukum pasukan dalam perlawanan akan datang."