Pirlo harap Dybala kekal di Juventus selepas bantu tewaskan Napoli

Muzaffar Musa
April 8, 2021 05:55 MYT
Andrea Pirlo berharap Paulo Dybala akan kekal di Juventus selepas penyerang itu masuk sebagai pemain gantian dan memastikan kemenangan ke atas Napoli dalam perlawanan Serie A awal pagi tadi.
Dybala menjaringkan gol sebagai pemain gantian buat kali pertama sejak Mac 2020 dengan melakukan penyudah gemilang melepasi Alex Meret selepas Cristiano Ronaldo membuka jaringan dalam babak pertama perlawanan itu.
Ia terbukti sebagai gol penting dalam kemenangan 2-1 itu, di mana Juve terus diancam pada lewat pemainan dengan Lorenzo Insigne merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada minit ke-90.
Dengan kontrak yang hanya berbaki setahun, terdapat dakwaan bahawa Juve akan mengaturkan perpindahan Dybala pada penghujung musim ini tetapi ketua jurulatih, Andrea Pirlo, bersedia untuk mengekalkan penyerang kebangsaan Argentina berkenaan.
Pirlo percaya Dybala akan melakukan impak yang lebih besar musim ini jika dia tidak mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama hampir empat bulan.

1 - Paulo Dybala has scored a goal as a substitute in Serie A for the first time since March 2020, against Inter. Hare.#JuventusNapoli pic.twitter.com/ZGzcmhvnF2

— OptaPaolo (@OptaPaolo) April 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apabila anda mempunyai pemain simpanan seperti Dybala, anda sentiasa mahu menurunkannya bermain, kami hampir tidak dapat menggunakannya," kata Pirlo kepada Sky Sport.
"Apabila anda kehilangan pemain seperti ini, ia menjadi sukar dan apabila dia kembali, dia membantu kemenangan anda.
"Dia masih mempunyai kontrak setahun. Kami harap kami dapat mengekalkannya," katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Juve bangkit daripada kekalahan 0-1 ke atas Benevento di laman sendiri minggu lalu tetapi masih ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Serie A, Inter Milan, yang menewaskan Sassuolo 2-1 dalam satu lagi perlawanan.
#Juventus #Andrea Pirlo #Paulo Dybala #Napoli #Serie A