Andrea Pirlo berasa simpati kepada rakan dan bekas rakan sepasukannya, Gennaro Gattuso, selepas kedudukannya dalam bahaya menjelang pertemuan antara Napoli Juventus.

Napoli yang menghuni tangga keenam menerima kunjungan juara Serie A malam ini dengan laporan mencadangankan tempoh Gattuso sebagai ketua jurulatih bakal berakhir jika mengalami satu lagi kekalahan.

Gattuso lantang bersuara apabila ditanyakan mengenai masa depannya selepas pasukannya tewas 3-1 kepada Atalanta dalam separuh akhir Coppa Italia Rabu lalu.

Dia menjelaskan hierarki kelab yang perlu menjawab mengenai persoalan tentang masa depannya.

Juve pula mara ke final dengan mengatasi Inter 2-1 secara agregat, dengan Pirlo berseloroh dia kini 'Allegriano' selepas menurunkan gaya permainan bertahan ketika seri tanpa jaringan dalam perlawanan kedua dan kali terakhir meraih kemenangan ke atas Roma dalam saingan liga.

"Ini adalah sebahagian daripada tugas kita, tetapi kita selalu beringat untuk melakukan yang terbaik," kata Pirlo mengenai Gattuso.

"Perlawanan itu penting, maka boleh terjadi bahawa mungkin ada saat-saat sukar.

"Saya bersimpati dengan situasi Rino, etapi saya harus memikirkan masalah saya. Kami mahu berjaya dan berusaha memenangi perlawanan."