Pertahanan Barcelona, Gerard Pique, bersetuju dengan Sergio Ramos mengenai cara pasukannya melakar kemenangan ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Skuad kendalian Luis Enrique menyempurnakan kebangkitan selepas ketinggalan 4-0 kepada PSG dalam aksi pertama dengan meraih kemenangan 6-1 untuk menjadikan kedudukan 6-5 secara agregat -- sekaligus mara ke suku akhir.

Kapten Real Madrid, Ramos, menggambarkan kemenangan Barca adalah kemenangan yang bersejarah.

Ulasan tersebut menyaksikan Pique tidak memiliki sebarang bantahan, malah bersetuju dengan rakan senegaranya itu.

"Saya gemar memenangi perlawanan, perasaan ini lebih kuat daripada menjuarai UCL.

"Kebangkitan ini akan kekal dalam sejarah walaupun kami tidak menjuarainya musim ini.

Barca menyertai Real, Bayern Munich, Juventus, Atletico Madrid, Borussia Dortmund, Monaco dan Leicester City untuk menghadapi saingan suku akhir.

"Saya berharap kebangkitan akan menjadi permulaan perjalanan kami untuk memenangi semua gelaran musim ini," tambahnya.