Pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique, berang diejek penyokong sendiri dan menyalahkan pihak media sebagai penyebabnya.

Bintang Barcelona itu sekali lagi menjadi sasaran penyokong selepas Sepanyol seri 2-2 dengan Colombia dalam perlawanan ujian di Murcia, awal pagi tadi.

Pique berkata kekerapan isu itu dibangkitkan sehingga mendorong insiden itu daripada berulang.

"Selama setahun anda bertanyakan saya hal ini. Anda menjadikan ini sesuatu yang penting," katanya kepada pemberita.

"Penyokong tidak lagi mengejek saya sejak Euro (2016) dan anda penyebab mereka kembali mengejek."

Pique sebelum ini diejek kerana sokongannya terhadap tuntutan kemerdekaan Catalan daripada Sepanyol.

Namun, pertahanan itu menegaskan ia bukan penyebab dia menjadi subjek ejekan terbaru dengan berkata: "Penyokong sudah menghentikannya dan kini melakukannya semula.

"Anda fikir ia adalah kerana kemerdekaan Calatonia? Anda fikir mereka ejek saya kerana isu politik? Adakah saya bercakap mengenainya?

"Perkara ini sudah saya jelaskan hampir 20 kali. Pergilah cari di perpustakaan akhbar."