Pioli perlu berdepan kemarahan Ibrahimovic

Muzaffar Musa
Julai 19, 2020 05:25 MYT
Stefano Pioli berkata dia perlu berurusan dengan Zlatan Ibrahimovic selepas bintang AC Milan itu kelihatan berang apabila ditukarkan ketika perlawanan menentang Bologna awal pagi tadi.
Ibrahimovic menghasilkan satu bantuan jaringan sebelum dikeluarkan selepas sejam perlawanan ketika Milan memperoleh kemenangan 5-1 dalam perlawanan Serie A itu.
Pemain berusia 38 tahun itu kelihatan bengang sebaik dikeluarkan tetapi ketua jurulatih, Pioli, berkata dia dapat menguruskan Ibrahimovic.
"Dia berkata sesuatu tetapi sejujurnya saya tidak faham. Ia juga sesuatu yang normal," katanya kepada DAZN.
"Saya perlu menguruskannya, dia bermain terlalu banyak perlawanan dan saya memerlukan semua orang cergas."

? ???? ????????????? ?#MilanBologna #SempreMilan @LeFrecce pic.twitter.com/EuuTqlkmro

— AC Milan (@acmilan) July 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Alexis Saelemaekers, Hakan Calhanoglu, Ismael Bennacer, Ante Rebic dan Davide Calabria tersenarai dalam senarai penjaring Milan.
Berada di tangga keenam Serie A, Milan tidak pernah tewas dalam sembilan perlawaan lalu sejak liga itu bersambung pasca waktu rehat pandemik COVID-19.
Pioli ternyata gembira dengan prestasi pasukannya.
"Pasukan ini sedang bergembira dan ia sesuatu yang positif.
"Kami bermain di tahap yang tinggi dan kami bermain dengan baik.
"Ia bermakna kami tidak berdepan masalah dan sudah mula yakin," tambahnya.
Milan akan meneruskan aksi dengan menentang Sassuolo, Selasa ini.
#Zlatan Ibrahimovic #Stefano Pioli #Bologna #Serie A #AC Milan