Pioli: Peningkatan Milan bukan hanya berpunca daripada kehadiran Ibrahimovic

Ammar Hakim
Julai 30, 2020 02:09 MYT
Stefano Pioli menyedari kepentingan Zlatan Ibrahimovic buat Milan tetapi menegaskan peningkatan pasuakannya sejak Januari tidaklah bergantung sepenuhnya kepada pemain itu.
Ibrahimovic kembali menyertai bekas kelabnya, Milan Januari lalu selepas meninggalkan LA Galaxy pada penghujung kontraknya.
Pemain berusia 38 tahun itu sekali lagi menemui aksi cemerlang apabila berjaya meledak 10 gol selepas dua kali menemui jaringan ketika menang 4-1 ke atas Sampdoria sementara melakukan satu bantuan jaringan.
Keputusan itu menyaksikan The Rossoneri tidak tewas dalam 12 perlawanan, kali terakhir mereka tewas sebelum musim ditangguh ekoran pandemik koronavirus pandemic Mac lalu.
Tetapi Pioli percaya peningkatan prestasi Milan mula memberikan sinar sebelum saingan ditangguh.
"Saya mahu menjelaskan bahawa peningkatan Milan bermula sebelum saingan ditangguh," katanya.
"Dan kami mula menampilkan aksi cemerlang sejak Januari dan berada di tangga kedua atau ketiga sebagai pasukan yang tampil cemerlang."
Peningkatan itu bertepatan dengan kedatangan Ibrahimovic, tetapi Pioli mengatakan ia terhasil daripada beberapa faktor yang berbeza.
"Jelas sekali Ibra sangat penting untuk peningkatan kami," katanya. "Tetapi itu tidak terhasil hanya dengan kedatangan pemain itu. Ia merupakan hasil usaha setiap pemain sejak beberapa bulan yang lalu.

2 goals and an assist: @Ibra_official's decisive in our goal glut 2 gol e un assist: è Ibra-show nella vittoria di Marassi #SampdoriaMilan #SempreMilan Sponsored by @skrill. Make your money move pic.twitter.com/ln8E9HjbXT

— AC Milan (@acmilan) July 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Simon Kjaer telah tiba, formasi pasukan telah berubah serta beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan sekaligus membenarkan pasukan menampilkan aksi yang cemerlang."
Ibrahimovic dijangka meninggalkan Milan penghujung musim ini, namun Pioli tidak membenarkan dirinya terlalu bimbang mengenainya ketika saingan berbaki satu perlawanan.
"Ia bukan waktu yang terbaik untuk memikirkan tentangnya.
"Kami masih lagi mempunyai satu perlawanan, kami mengetahui apa yang perlu dilakukan dan kemudian kami akan membuat keputusan."