Kelab Liga 1 Jepun (J1), Shimizu S-Pulse, sah menandatangani Yago Pikachu daripada pasukan Brazil, Fortaleza EC, secara perpindahan tetap.

Pikachu, 30, atau nama sebenarnya Glaybson Yago Souza Lisboa, merupakan seorang pemain tengah yang pernah beraksi bersama Paysandu dan Vasco da Gama sebelum menyertai Fortaleza tahun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Shimizu berkata: "Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pemain Fortaleza EC (Brazil), Yago Pikachu, telah bersetuju untuk menyertai kelab ini secara perpindahan tetap.

"Selepas tiba di Jepun, kontraknya akan ditandatangani secara rasmi selepas ujian perubatan."

Menariknya, Jepun juga adalah negara asal watak Pikachu, yang merupakan karakter utama siri animasi dan komik terkenal dunia, Pokemon.