Kemenangan yang cukup dramatik dan penuh emosi khususnya buat pengendali UniKL, Megat Azrafiq Megat Termizi, yang memacu kejayaan mereka mempertahankan gelaran Liga Hoki Malaysia (LHM), malam tadi.

Dua piala sudah berada di dalam genggaman dan kini UniKL sudah bersedia untuk memburu piala ketiga musim ini, iaitu Piala TNB ketika berhitung dengan TNB di Stadium Hoki Nasional 1, Ahad ini bagi mencapai misi mengekalkan tiga kejuaraan.

"Malam ini (tadi) kami harus meraikan kejayaan ini walaupun kami tahu masih ada satu lagi piala (menjadi sasaran).

"Dua piala sudah di dalam tangan jadi kami tidak mudah terlepas yang ketiga. Apapun, kejayaan ini perlu diraikan terlebih dahulu," jurulatih UniKL, Megat Azrafiq Megat Termizi

Penyerang UniKL, Tengku Ahmad Tajuddin, yang meledak gol tunggal perlawanan ketika membenam Maybank untuk mengesahkan trofi liga, menganggap tumpuan mereka perlu segera beralih ke kempen Piala TNB, Ahad ini.

Jurulatih TNB, Azlan Abu Bakar, pula mengambil berat dan berikar melakukan sesuatu berhubung persembahan merudum anak buahnya di penghujung saingan LHM.

Can UniKL defend the TNB Cup they won last year? #TNBMalaysiaHockeyLeague2021 #TNBMHL2021 #MalaysiaHockeyConfederation #MalaysianHockey #MyHockey

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Friday, March 26, 2021


Sementara itu, jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), K. Rajan, mengambil pendekatan berhati-hati apabila bertemu Maybank dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung serentak.

" Perlawanan semifinal diadakan secara timbal balik.

"Kami tidak boleh ketinggalan dalam pertemuan pertama, sama ada kami perlu bermain berhati-hati atau bertahan sedikit, kami tidak boleh ketinggalan terlalu banyak nanti susah nak kejar kedudukan kalau kalah.

"Jika menang, seronoklah," katanya pula.


TNB Cup 2021 - Upcoming Fixtures. #TNBMalaysiaHockeyLeague2021 #TNBMHL2021 #MalaysiaHockeyConfederation #MalaysianHockey #MyHockey

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Thursday, March 25, 2021