Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe tagih sentuhan berbisa De Paula

Muzaffar Musa
Disember 5, 2021 13:04 MYT
Ketua jurulatih skuad negara, Ten Cheng Hoe, berharap Guilherme De Paula dapat mempamerkan sentuhan berbisanya selaku penggempur Harimau Malaya dalam perlawanan pertama Piala Suzuki AFF menentang Kemboja di Stadium Bishan, Singapura petang esok.
Cheng Hoe percaya pemain naturalisasi negara itu mampu membantu pasukannya mendapatkan tiga mata pertama dalam kejohanan itu memandangan De Paula sudah cukup matang untuk mengawal tekanan, terutama selepas menjadi bahan kritikan penyokong bola sepak tempatan.
"Kalau kita lihat, De Paula sudah cukup matang daripada segi menguruskan tekanan," katanya dalam sidang media secara maya seperti yang dipetik Nadi Weekend hari ini.
"Dia juga berlatih dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai keyakinan yang tinggi, jadi kami harap dia dapat memberikan impak yang terbaik buat pasukan.
"Kami berharap bukan sahaja De Paula, bahkan keseluruhan pemain yang diturunkan dapat memberikan yang terbaik buat pasukan," katanya.
Selepas aksi menentang Kemboja, Malaysia akan menentang Laos pada Khamis depan sebelum bertemu Vietnam dan Indonesia, masing-masing pada 12 dan 19 Disember ini.

"Yang penting kita nak dapatkan keputusan positif" - Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Bolasepak Negara ⚽️ Good luck skuad Harimau Malaya ??? menentang Kemboja ?? pada esok hari! ? @FAM_Malaysia pic.twitter.com/oKgqU7cG7V

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Tan Cheng Hoe #Guilherme De Paula #Piala Suzuki AFF