Setelah mengharungi perjalanan yang sukar di peringkat kumpulan dalam Kejohanan Bolasepak Supermokh Edisi Ke-6 yang berlangsung di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, akhirnya kelab dari Crotia iaitu NK Osijek B14 mucul juara setelah menewaskan pasukan pilihan, Paris Saint Germain (PSG).

Semangat melawan yang tinggi telah memberi satu hadiah yang sungguh istemewa kepada anak didik Zetnjak Matej sehingga mereka mencipta sejarah tersendiri dalam Piala Supermokh Edisi Ke-6 ini.

Jika dilihat dari awal, permainan nampak agak sukar akademi dari Croatia itu untuk memenangi perlawanan akhir kerana anak didik Diakhaby Bafode lebih mendominasi permainan dan PSG juga berjaya mendahuli melalui jaringan sepakan penalti Jangeal Mathis Laurent.




Namun, ia tidak mematahkan semangat pemain-pemain muda dari Crotia itu untuk kembali bangkit memberi ancaman kepada pertahanan PSG. Jurulatih NK Osijek, Zetnjak Matej, bijak mengunakan kelebihan fizikal pemainnya untuk mencari jaringan penyamaan dan akhirnya berhasil setelah Gagulic Matij menyamakan kedudukan melalui tandukan.

Perlawanan menjadi makin menarik selepas itu dan yang lebih menerujakan penulis dalam perlawanan akhir itu apabila kedua-dua jurlatih bijak dalam menyusun strategi dan mempercayai falsafah bola sepak kelab mereka sendiri.




Dapat dilihat bagaimana PSG yang melakukan gerakan secara ‘build up attack’ dengan menggunakan kreatifviti pemain-pemain mereka seperti Ayari Adam dan Kante Nahil di bahagian midfield di mana dua pemain inilah merupakan watak utama PSG selain ketenangan dan ketajaman penyudah daripada Laurent.

Sementara bagi NK Osijek pula, pemain-pemain mereka bijak mengunakan ketinggian dan kekuatan fizikal untuk memerangkap pemain-pemain PSG melalui serangan balas kerana daripada segi kreatifviti mereka agak sukar untuk menandinginya walaupun seimbang dari segi teknik.

Taktikal yang dirancang oleh jurulatih mereka itulah diterjemahkan dalam bentuk jaringan kemenangan yang diperolehi melalui rembatan Jaman Drazen.

Atas dua faktor itulah yang membuatkan perlawanan akhir bawah 14 menjadi tumpuan dan perhatian dari semua peminat yang menyaksikannya kerana mereka boleh melihat sendiri dan mempelajari apa telah dilakukan oleh negara-negara maju dalam bola sepak itu.