Kepa Arrizabalaga muncul wira selepas Chelsea meraih Piala Super pertama sejak 1998, menang 6-5 menerusi penentuan penalti bertemu Villarreal berikutan seri 1-1 di Belfast.

Hakim Ziyech membuka jaringan selepas gerakan yang dimulakan Kai Havertz dari sayap kiri sebelum bekas bintang Ajax itu mengalami kecederaan bahu mencemari separuh masa pertama yang menghiburkan.

Alberto Moreno dan Gerard Moreno kedua-dua menggegar palang gol dalam kedua-dua separuh masa, sebelum penyerang itu menyamakan kedudukan selepas melakukan gerakan Boulaye Dia mengatasi penjaga gol, Edouard Mendy untuk melakar jaringan ke-23 bagi tahun 2021.

Perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan, penalti menjadi penentu.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel, membawa masuk Kepa sebelum tamat perlawanan menjadi percaturan yang membuahkan hasil apabila menafikan percubaan kapten Villareal, Raul Albiol sekaligus memenangi perlawanan buat The Blues.