Penyerang Akademi Mokhtar Dahari (AMD) A, Abdul Rahman Daud, bercita-cita untuk memiliki Anugerah Kasut Emas Liga Perdana sekalipun masih mentah dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Rahman yang ibunya dari Itali sementara bapanya melayu membantu pasukannya mengungguli edisi pertama Piala Pra-Universiti selepas mengalahkan pasukan Bola Bepak Universiti Malaysia (MUFT) 5-1 di Kuantan, semalam, sambil dinobatkan sebagai Penyerang Terbanyak, Penyerang Terbaik dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, Rahman mengakui sedang dirisik kelab Liga Perdana untuk kempen musim depan.

"Saya dilahirkan di Syria. Saya datang ke sini dari Melaka sejak umur 15 tahun dan ini tahun ketiga saya di AMD.

"Sasaran saya semestinya untuk bermain dalam skuad kebangsaan dengan secepat mungkin dan menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana pada musim depan," katanya.

Tempat ketiga dimenangi AMD B sementara Akademi Bola Sepak Felda (ABSF) keempat.