Pelumba berusia 24 tahun itu muncul terpantas dengan catatan masa sepusingan 10.298 saat bagi meninggalkan dua pelumba Jepun, Yuta Wakimoto dan Yudai Nitta, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Lebih menarik, Fadil turut menewaskan juara Piala Dunia edisi 2019-20 dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Jai Angsuthasawit, di mana jaguh Thailand itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Sebagai rekod, hanya Azizulhasni Awang dan Rizal Tisin merupakan pelumba negara yang pernah meraih kejayaan sama sebelum ini.
TAHNIAH FADHIL ZONIS!!
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 15, 2021
Emas acara Keirin Kejohanan Trek Piala Negara- Negara di Hong Kong (Piala Dunia HK)
Rider ketiga dalam sejarah Malaysia menang Emas selepas Azizulhasni Awang & Rizal Tisin
Ayuh Malaysiaku@fadhilzonis @AzizulAWANG @KBSMalaysia pic.twitter.com/INllgsTGKT