Pengendali Sarawak United, E. Elavarasan, memberi penekanan kepada aspek kecerdasan mental bagi menyuntik keyakinan pemainnya bahawa peluang terbuka ke separuh akhir Piala Malaysia masih terbuka.

"Kami perlu menjaringkan gol, bergantung kepada situasi.

"Tetapi di tahap ini mental kami perlu lebih mantap untuk menentang Terengganu," katanya.




Tonggak utama, Sandro Da Silva, terpaksa dikeluarkan awal dalam pertemuan pertama akibat sakit di bahagian dada. Justeru, Elavarasan belum mahu memuktamadkan percaturannya dalam perhitungan di Stadium UiTM, Shah Alam, malam esok.

"Kami ada kekurangan dalam barisan pemain import. Saya perlu pantau perkembangan tiga pemain import sebelum sepak mula -- sama ada mereka boleh diturunkan atau tidak.

"Sandro Da Silva tercedera sejak minit ke-38.

"Saya sudah berikan dia cuti dua hari dan kalau tidak, kami terpaksa lupakan khidmatnya esok," katanya.