Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, teruja untuk perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia bertemu Kedah Darul Aman di kubu sendiri.

Mora menuntut pasukannya agar lebih tangkas menghidu waktu kritikal dalam perlawanan.

"Sejak 17 perlawanan lalu, saya rindukan perlawanan seperti ini kerana rumit untuk meramalkan apa yang akan berlaku.

"Jadi ia sesuatu yang bagus," katanya menjelang pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.





Jurulatih kelahiran Mexico itu tidak menganggap Lang Merah akan hanya berpeluk tubuh sahaja, pastinya lawan juga mengintai untuk menghukum gawang Harimau Selatan.

"Kalau mereka berhajat untuk menjaringkan gol di JDT, jadi ia akan menjadi satu perlawanan yang terbuka, perlawanan ini bertambah menarik," katanya lagi.