Piala Malaysia: MFL gesa penonton patuh SOP sebelum kebenaran ditarik balik

Muzaffar Musa
November 16, 2021 11:02 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, memberikan amaran keras kepada semua penyokong, khususnya daripada kelab yang masih terlibat dalam Piala Malaysia, agar kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan di stadium.
Stuart mengakui MFL berpuas hati dengan cara kelolaan SOP kebanyakan perlawanan tetapi menegaskan masih ada kekurangan dalam beberapa perlawanan lain dan badan itu juga telah meminta penjelasan daripada pasukan yang telah dikenal pasti berkenaan.
Tambahnya, MFL bimbang keengganan dan kecuaian segelintir penyokong itu akan mengakibatkan kebenaran ke stadium ditarik balik.
Dalam satu temu bual Nadi Arena hari ini, Stuart berkata: "Secara keseluruhan, MFL berpuas hati dengan cara pengelolaan perlawanan selepas penyokong dibenarkan kembali ke stadium tetapi kami dapat lihat dalam beberapa perlawanan -- di mana kami telah mengambil tindakan untuk mendapatkan penjelasan -- terutama ketika aksi Selangor FC dan Terengganu FC, di mana ada penyokong yang memanjat pagar untuk ke perkarangan padang.
"Dan juga kesesakan (penonton) yang kita dapat lihat di Sabah, di mana ia telah berlaku sebanyak dua kali.
"Saya telah menerima laporan daripada komisar perlawanan untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak itu.
"Kerjasama daripada penyokong amat diperlukan dalam hal ini untuk memastikan pasukan mereka tidak didenda dan seluruh keluarga bola sepak tidak dikenakan penarikan kelonggaran yang telah diberikan.
"Untuk keselesaan dan kesihatan semua penyokong yang berada di dalam stadium, kami berharap semua pihak dapat mengikut SOP yang telah ditetapkan," katanya.

Dah bagi kelonggaran boleh masuk stadium ?️ , ada fans yang amik ringan pula tak ikut SOP ? Ish ish ish apoo lah diorang ni ? Haaa nak tengok ulasan lanjut tak pasal hal ni? Jangan lupa tengok Nadi Arena, 7.30 malam ini ? pic.twitter.com/anD6AaRI6N

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Piala Malaysia #Liga Bolasepak Malaysia