Kapten Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat, kekal fokus untuk menghadapi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang KL City FC di Stadium KLFA Cheras malam ini walaupun dikaitkan bakal berhijrah musim depan.

Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, penjaga gol itu juga tampil menjelaskan tujuannya memuat naik sekeping gambar membabitkan kejayaan memenangi emas Sukan SEA 2011.

A post shared by خير فهمي (@fahmiapexs)



"Gambar yang dimuatnaik itu merupakan bagi memperingati sejarah pingat emas yang dimenangi dalam saingan Sukan SEA," kata Khairul Fahmi.

Apabila ditanyakan mengenai perpindahannya, "Saya hanya akan fokus kepada perlawanan bertemu KL City terlebih dahulu."