Piala FA: Vardy sasar lebih banyak gelaran bersama Foxes

Ammar Hakim
Mei 16, 2021 02:25 MYT
Jamie Vardy mahu menambah koleksi pingat bersama Leicester City selepas membantu Foxes memenangi Piala FA pertama mereka.
Leicester, yang memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Vardy pada 2015-16, akhirnya menjulang trofi dengan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea semalam.
Youri Tielemans meledak gol tunggal perlawanan buat skuad kendalian Brendan Rodgers di Wembley, dengan jaringan sendiri pada penghujung permainan oleh Wes Morgan dibatalkan oleh VAR.
Vardy kini telah memenangi setiap pusingan pertandingan termasuk peringkat awal, telah memulakan kariernya dalam bola sepak dalam saingan bukan liga, namun tidak memberikan impak dalam aksi final.
Kedua-dua percubaan penyerang itu tidak menepati sasaran, sementara dia kehilangan penguasaan bola lima kali daripada 14 sentuhannya.
Bagaimanapun, ia tidak mencetus masalah kerana Leicester memenangi Piala FA setelah kalah empat kali sebelum ini, dan itu mendorong Vardy menyasarkan lebih banyak gelaran.
"Ia perasaan yang sungguh baik, perasaan yang sangat cemerlang. Kami berjaya melakukannya," katanya.
"Tetapi ketika pengendali pasukan tiba dua tahun lalu, dia mengatakan dia mahu kami terus maju, bagaimana dia mahu kami bermain, dia mahu kami menjadi pencabar piala.
"Sekarang kami telah memperoleh satu gelaran, kami menginginkan lebih banyak lagi. Kami akan terus bekerja keras, berdedikasi dan terus maju semampu kami."

FA Cup...completed it mate! ? pic.twitter.com/5PrbPfGTgj

— Jamie Vardy (@vardy7) May 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.