Piala FA: Mourinho tidak ragui tahap kecergasan Bale

Muzaffar Musa
Januari 26, 2021 01:01 MYT
Gareth Bale mempamerkan aksi mengagumkan ketika membantu kemenangan 4-1 Tottenham ke atas Wycombe Wanderers dalam pusingan keempat Piala FA dengan Jose Mourinho menegaskan bahawa dia tidak gusar mengenai tahap kecergasan bintang Wales itu.
Bale kembali ke pangkuan Spurs menerusi pinjaman daripada Real Madrid, September lalu tetapi pada perlawanan kedua kepulangannya, dia mengalami kecederaan lutut dan terpinggir daripada perancangan Mourinho dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dia kembali diturunkan dalam perlawanan Piala FA di Adams Park awal pagi tadi dan mempamerkan aksi menarik dengan menyamakan kedudukan selepas Fred Onyedinma membuka jaringan buat lawan daripada Liga Kejuaraan itu
Mourinho, bagaimanapun, terpaksa menurunkan pemain bintangnya daripada bangku pemain simpanan ketika Wycombe beraksi kental dalam babak kedua.
Harry Kane dan Song Heung-min hampir memecahkan kebuntuan tetapi seorang lagi pemain gantian, Tanguy Ndombele, menamatkan perlawanan itu dengan gol berganda pada lewat permainan selepas Harry Winks meletakkan Spurs di depan pada minit ke-86.
Juara bertahan EPL, Liverpool, akan menjadi lawan Tottenham yang berikutnya dan Mourinho berasakan Bale telah membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk diturunkan dalam aksi liga utama itu.
"Dia nampak baik, menewaskan pemain lain dan menjaringkan gol," katanya dalam sidang media.
"Saya tidak pernah berasakan dia tidak dapat bermain untuk 90 minit, saya tidak pernah rasa mahu mengeluarkannya.
"Liga Kejuaraan mempunyai tahap yang bagus. Ia perlawanan yang bagus. Saya gembira," katanya.

Next round ??⚽️ @SpursOfficial pic.twitter.com/mWf7qY6Lwc

— Gareth Bale (@GarethBale11) January 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika Bale mahu disenaraikan dalam kesebelasan utama Mourinho, dia perlu menjadikan Ndombele sebagai contoh.
Bekas pemain tengah Lyon itu tidak selalu mendapat kepercayaan bekas pengurus Chelsea berkenaan, yang menggantikan tempat Mauricio Pochettino musim lalu, tetapi dia kini berada dalam prestasi terbaik dan kelihatan amat yakin dengan mutu permainannya.
"Dia seorang yang kreatif. Dia salah seorang pemain yang boleh memecahkan keseimbangan (dalam perlawanan)," kata Mourinho kepada BT Sport.
"Mereka mencuba untuk mengawalnya satu lawan satu. Pemain nombor 18 (Curtis Thompson) ditugaskan mengawalnya.
"Tetapi dia sentiasa menjadi pemain yang mampu mengatasi perkara itu. Lebih penting, jika dia dapat menjaringkan gol buat kami, ia sesuatu yang lebih baik," katanya lagi.
#Jose Mourinho #Tottenham Hotspur #Gareth Bale #Wycombe Wanderers #Liga Perdana Inggeris