Manchester City bakal meneruskan usaha untuk mempertahankan Piala FA dengan menerima kunjungan Fulham dalam aksi seterusnya manakala Liverpool bakal bertandang ke Bristol City atau Shrewsbury Town.

Selepas mengatasi Port Vale 4-1 di Stadium Etihad, Ahad lalu, City telah diundi untuk bertemu Fulham -- yang mengatasi wakil Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa, 2-1 semalam -- bagi pusingan keempat.

Skuad muda Liverpool mengatasi musuh Merseyside, Everton, 1-0 untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal membuat perhitungan dengan Bristol City atau Shrewsbury.

Jika Manchester United mengatasi Wolves dalam aksi timbal balik, mereka akan bertemu Watford atau Tranmere Rovers.

Chelsea akan bertemu Hull City manakala Tottenham pula bakal menghadapi aksi kedua berdepan Middlesbrough terlebih dahulu sebelum ke pusingan seterusnya berdepan Southampton.

Kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Leeds United awal pagi tadi memberikan mereka tiket untuk berdepan Bournemouth.

Undian penuh pusingan keempat Piala FA:

Watford atau Tranmere Rovers v Wolves atau Manchester United
Hull City v Chelsea
Southampton v Middlesbrough atau Tottenham
QPR v Sheffield Wednesday
Bournemouth v Arsenal
Northampton Town v Derby County
Brentford v Leicester City
Millwall v Sheffield United
Reading atau Blackpool v Cardiff City atau Carlisle United
West Ham v West Brom
Burnley v Norwich City
Bristol Rovers atau Coventry City v Birmingham City
Manchester City v Fulham
Rochdale atau Newcastle United v Oxford United
Portsmouth v Barnsley
Bristol City atau Shrewsbury Town v Liverpool



Editor: Ammar Hakim