Piala FA Inggeris: Christian Eriksen akhiri aksi dengan bertongkat diterjah Andy Carrol

Shaiful Shamsudin
Januari 29, 2023 04:12 MYT
MAN UTD 3 READING 1
Erik ten Hag sedang menunggu diagnosis penuh mengenai kecederaan buku lali Christian Eriksen selepas pemain tengah Manchester United itu dilihat terpaksa meninggalkan Old Trafford dengan bertongkat.
Pemain antarabangsa Denmark itu menerima terjahan keras penyerang Reading, Andy Carroll, dalam kemenangan 3-1 pusingan keempat Piala FA.
Carroll terlepas sebarang hukuman daripada pengadil, Darren England, berikutan terjahan itu walaupun dia kemudiannya dibuang padang kerana kad kuning kedua.
Kecederaan Eriksen itu menjadi kebimbangan buat United menjelang pertembungan getir Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pertembungan Liga Europa dengan Barcelona.

?️ “We’re on the march…”#MUFC || #FACup pic.twitter.com/12ephCJG1O

— Manchester United (@ManUtd) January 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Justeru, Ten Hag ingin menunggu penilaian penuh mengenai masalah itu.
"Ia sentiasa sukar untuk mengatakannya sejurus permainan tamat, tetapi ia adalah kecederaan berkaitan buku lali dan kami perlu melihat apakah hasil analisanya," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Ia memerlukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum kami mengetahuinya lebih lanjut, kemudian barulah saya boleh menjelaskan lebih panjang lebar."
#Christian Eriksen #Piala FA Inggeris