Chelsea melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA dengan kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough semalam.

Boro mengatasi Manchester United dan Tottenham untuk ke suku akhir, namun skuad kendalian Thomas Tuchel tidak berdepan sebarang masalah ketika bertandang ke Stadium Riverside.

Romelu Lukaku hanya memerlukan 15 minit untuk membuka jaringan sebelum Hakim Ziyech menggandakan jaringan dalam separuh masa kedua, manakala Boro sekadar melakukan satu percubaan tepat ke sasaran, yang hadir pada minit ke-85.

Chelsea kini perlu menantikan identiti lawan di separuh akhir dalam undian yang dilakukan selepas ini, dengan perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 April ini di Stadium Wembley.