Chelsea mudah mara ke pusingan keempat Piala FA selepas melakar kemenangan 5-1 ke atas kelab Liga Kebangsaan, Chesterfield.

Gol dijaringkan dalam tempoh 20 minit pertama daripada Timo Werner, Callum Hudson-Odoi dan Romelu Lukaku untuk meletakkan skuad kendalian Thomas Tuchel dalam kawalan di Stamford Bridge.

Andreas Christensen dan Hakim Ziyech turut menjaringkan gol ketika The Blues menjaringkan lima atau lebih gol dalam satu perlawanan untuk kali kedua musim ini.

Bagaimanapun, Chesterfield mendapat saguhati dalam penampilan pusingan ketiga pertama mereka selama tujuh tahun, apabila Akwasi Asante menjaringkan gol 10 minit sebelum tamat perlawanan.