Piala FA: Arsenal langsung tidak capai standard sebenar, kata Arteta

Muzaffar Musa
Januari 10, 2022 03:41 MYT
NOTTINGHAM FOREST 1 ARSENAL 0
Mikel Arteta mengkritik prestasi Arsenal ketika tewas 0-1 kepada Nottingham Forest dalam Piala FA awal pagi tadi dengan berkata mereka "langsung tidak mencapai standard yang sepatutnya".
Kekalahan itu bermakna Arsenal tersingkir dalam pusingan ketiga Piala FA buat kalu kedua sepanjang 26 musim terakhir.
Arteta kembali ke bangku pengurus selepas terlepas kekalahan 1-2 kepada Manchester City pada hujung munggu lalu kerana dijangkiti COVID-19.
Bagaimanapun, dia tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya di City Ground, di mana pemain gantian, Lewis Grabban, menyumbat masuk gol kemenangan buat Forest, yang juga merupakan pasukan terakhir pernah menewaskan Arsenal di peringkat sama Piala FA sebelum ini.
Ditemui selepas perlawanan itu, Arteta berkata kepada ITV Sport: "Kami tersingkir daripada kejohanan ini dan kami perlu memohon maaf.

2 - Arsenal have been eliminated in the third round of the FA Cup for only the second time across the last 26 seasons, with the other instance also coming away to Nottingham Forest (2017-18). Merry. #EmiratesFACup

— OptaJoe (@OptaJoe) January 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apabila anda tidak dapat menurunkan sembilan pemain terbaik, itulah penjelasannya tetapi saya masih tidak mahu menggunakannya sebagai alasan.
"Pasukan yang kami turunkan, saya menjangkakan mereka dapat bermain dan bersaing dengan lebih baik daripada itu.
"Apabila anda tidak melakukannya dalam saingan piala, tidak kira siapa lawan anda, anda pasti akan tersingkir.
"Apa yang kami lakukan hari ini langsung tidak mencapai standard yang diperlukan," katanya.
Arsenal perlu segera melupakan kekalahan itu dan memperbetulkan sistem mereka kerana akan bertemu Liverpool dalam separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) sebelum mereka bertandang ke laman Tottenham bagi pertemuan 'derby' London.
#bola sepak #Arsenal #Nottingham Forest #Piala FA Inggeris #Mikel Arteta