Trent Alexander-Arnold bakal terlepas aksi Piala FA bertemu Nottingham Forest dan aksi antarabangsa bersama England ekoran kecederaan hamstring, perkara itu disahkan Jurgen.

Pertahanan kanan itu tersenarai dalam skuad Gareth Southgate dalam skuad terbaru England Khamis lalu, bakal terlepas aksi persahabatan antarabangsa bertemu Switzerland dan Ivory Coast.

The Reds berkunjung ke City Ground esok memburu slot ke separuh akhir, beberapa mungkin selepas menjuarai Piala EFL ke atas Chelsea di Wembley.

Kemenangan yang dicari menyaksikan mereka semakin hampir dengan potensi menamatkan saingan dengan empat gelaran musim ini, dengan skuad kendalian Klopp masih lagi berpeluang untuk mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL).

Namun mereka tanpa khidmat Alexander-Arnold, sementara Mohamed Salah berkemungkina tidak akan membuat penampilan.

"Trent tidak akan beraksi ekoran kecederaan hamstring, juga tidak akan beraksi bersama England," kata Klopp.

"Ia bukan berita baik, tetapi kami akan melihat berapa lama tempoh pemulihan yang diperlukan. Mo juga memiliki kecederaan di bahagian kaki dalam perlawanan sebelum ini."


Liverpool bakal tampil beraksi dalam suku akhir Piala FA pertama di bawah kendalian Klopp.