AS 1 JAMAICA 0

America Syarikat (AS) mendominasi keseluruhan permainan tetap perlu menunggu sehingga minit-minit terakhir untuk menewaskan Jamaica 1-0 dan mara ke separuh akhir Piala Emas CONCACAF hari ini.

Matthew Hope menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada minit ke-83 untuk memastikan kemenangan pasukannya di Stadium AT&T di Arlington, Texas.

Ia bermakna pasukan tuan rumah itu akan berdepan Qatar dalam separuh akhir di Austin, Jumaat ini.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir hari ini, Kanada turut menewaskan Costa Rica 2-0 untuk bertemu Mexico dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.