AS 1 KANADA 0

Shaq Moore menjaringkan gol seawal 20 saat pertama untuk Amerika Syarikat (AS) menewaskan Kanada 1-0 di Kansas City, sekali gus menduduki tangga teratas Kumpulan B, Piala Emas hari ini.

Pasukan tuan rumah itu menyerap segala asakan Kanada pada lewat permainan untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih selepas menewaskan Haiti 1-0 dan membelasah Martinique 6-1.

Moore menjaringkan gol kemenangan itu menerusi rembatan jarak dekat selepas menerima bola daripada hantaran lintang rendah Sebastian Leglet dalam kawasan penalti.

Ia merupakan jaringan terpantas AS dalam sejarah Piala Emas dan ia juga merupakan gol pertama pertahanan Tenerife, More, di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, skuad kendalian Gregg Berhalter itu akan menantikan naib juara Kumpulan C dalam perlawanan suku akhir di Arlington, Texas, hujung minggu ini.