GUATEMALA 0 MEXICO 3

Rogelio Funes Mori menjaringkan dua gol utnuk memberikan juara bertahan, Mexico, kemenangan pertama dalam Piala Emas CONCACAF dengan menewaskan Guatemela 3-0 di Dallas hari ini.

Skuad El Tri itu mendominasi percubaan (20 berbalas empat) dan penguasaan permainan (67 peratus) sepanjang perlawanan itu dengan Funes Mori meletakkan mereka di depan menjelang setengah jam pertama.

Penyerang Monterrey itu kemudian menggandakan jaringan peribadinya pada minit ke-55 sebelum Orbelin Pineda memutlakkan kemenangan 3-0 Mexico pada minit ke-79.

Terdahulu, Mexico gagal memperoleh kemenangan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A selepas terikat 0-0 dengan Trinidad & Tobago hujung minggu lalu.

Sementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan A pula menyaksikan El Salvador menewaskan Trinidad & Tobago 2-0 di Fusco.