HAITI 3 KANADA 2

Haiti mengejutkan Kanada 3-2 dalam pusingan suku akhir Piala Emas CONCACAF di Houston awal pagi tadi.


Skuad The Minnows terlebih dahulu memperoleh harapan selepas mendahului 2-0 dalam 30 minit pertama aksi di Stadium NRG.

Sepakan percuma Jonathan David serta jaringan Lucas Cavallini membolehkan Kanada, yang menduduki tangga kedua Kumpulan A di belakang Mexico, berada di landasan tepat.

Namun, Haiti mempamerkan kebangkitan menakjubkan dalam babak kedua untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan buat kali pertama.

Duckens Nazon mengatasi penjaga gol Kanada, Milan Borjan, untuk merapatkan jurang sebelum Herve Bazile menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70.

Kebangkitan itu dilengkapkan menerusi Wilde-Donald Guerrier yang menyambut hantaran cantik Nazon untuk meletakkan Haiti di depan enam minit kemudian sebelum mengesahkan kemenangan menakjubkan.

Haiti akan berdepan Mexico di separuh akhir Selasa depan selepas skuad kendalian Gerardo Martino itu melepasi cabaran Costa Rica.